Saturday, October 30, 2010

What more can I do?

 The Sims 3

You know, I played games a lot this holiday. I know it is a waste of precious time, but I can’t help it. I got nothing to do besides looking after my grandpa and the cats. I did chores of course but still I need something to play with. Like I said, I can’t help it, I mean it. After posting this update, I will play The Sims 3. Yes, it is addictive! I can feel the heat from my laptop when I play games.

Left 4 Dead 2 (google's pictures)

Sometimes, I play Left 4 Dead 2. Sometimes, I play Grand Theft Auto. I spend the whole night just to play games. My mom said that I can’t control it. No, I just can’t help it. I want it. And I think I can handle my time wisely for ibadah. I will keep on playing games whenever I have spare times. I don’t even eat when I play games. I think it’s good that I don’t eat. I want to lose some weight.

So, it’s up to you. You can say I’m a game geek now =)

Thursday, October 28, 2010

Musuh ini selalu sempurna

Cuba bayangkan dalam dunia ini, kita yang paling sempurna. Mesti seronok kan? Kita pandai, segak, kaya raya, kurus, pandai main muzik, pandai bersukan, pandai masak, dan semua yang kita impi kita dapat. Tak kiralah dalam bentuk apa pun. Setiap orang impian dia lain – lain. Tak semua orang suka kurus kan?

Kadang – kadang, setengah orang tu dia nak sangat tampak sempurna depan mata orang lain. Dia nak orang pandang dia bila dia berjalan, nak orang tegur dia, nak orang sokong dia, nak orang beri perhatian kat dia dan mungkin juga nak orang puji dia. Dalam dunia serba canggih sekarang tak mustahil untuk kita tampak sempurna belakang orang. Contohnya blog. Penulisan kita kat sini boleh bagitahu orang, kita ni orang macam mana. Pembaca kita boleh tahu macam – macam.

Dari blog pun ni boleh saja nak buat – buat nampak sempurna. Mereka cerita yang kita ni pandai itu ini. Kata kita ni sakit itu ini. Rupa kita macam itu ini. Kita belajar bidang itu ini. Rumah kita kat situ sini. Jumpa orang itu ini. Kerja kita itu ini. Senang saja. Orang bukan tahu kita ni siapa. Buat blog, letak nama macam – macam, letak gambar macam – macam, tulis macam – mcam, lepas tu claim itu hak kita. Percayalah, ada orang macam ni sekarang ini. Saya dah jumpa. Tolong jangan tanya siapa.

Bila fikir – fikir balik, bukan salah siapa – siapa pun dalam hal ni. Diri kita sendiri salah. Kenapa nak buat macam tu. Bagi saya itu menipu. Tiada sivik dan etika langsung. Diri sendiri tentukan nak jadi baik ke nak jadi tak baik. Kalau dah ambil gambar orang yang segak dan kata itu gambar kita, memang sah – sah la kita tu salah. Orang bijak pandai ni boleh tahu. Orang macam inilah akan dedahkan kita yang sebenar. Memang lah lepas tu blog tak laku macam dulu. Pembaca akan bercakap pasal tak puas hati, kecewa, kesal, tertipu dan sebagainya.

Ya mungkin juga dari situ penulis blog tu boleh tahu siapa baca blog dia dengan hati dan siapa baca blog dia pasal rupa. Tetapi itu sajalah faedahnya. Atau itu sajalah dia punya alasan kalau dia terkantoi nanti. Banyak lagi keburukan akibat menipu orang dalam dunia blog ni sebenarnya. Jangan ingat kita saja pandai dalam IT. Ramai kat luar tu lebih hebat dari kita. Mereke ni boleh kesan gambar kat mana kita ambil, boleh kesan server kita kat mana, macam – macam lah. Saya pun tak pandai benda – benda ni.

Senang saja nak kesan siapa yang menipu dalam dunia blog. Baca blog dia tengok hal - hal berikut:

  1. Gambar dia letak tu muka sekerat, teliti bentuk hidung, dahi, rambut mungkin berlainan dengan gambar lain.
  2. Dia mendakwa ada kebolehan bermain muzik, selalunya piano atau gitar
  3. Dia mendakwa dia sakit kanser, leukemia, dan lain – lain
  4. Dia mendakwa dia belajar di luar negara, nak elak menemu janji dengan blogger lain
  5. Dia mendakwa dia kacuk atau ibubapa bercerai atau anak tunggal

Kalau kita ni selalu baca blog, lagi mudah nak kesan penipu. Yelah, tiba – tiba rasa macam, “ish, dia ni perfect kot, semua dia ada, semua dia boleh”. Betul atau tidak? Saya perempuan, mungkin saya lagi cepat kot rasa curiga tu. Benda yang dia ada tu, semua saya nak. Siapa yang tak mahu jadi sempurna kan? Menipu orang lain bahawa kita sempurna pun boleh puas hati jugak.

Saya tak suruh kawan – kawan sekalian letak gambar banyak – banyak dalam blog. Cuma jangan ambil gambar orang lepas tu kata itu gambar kita sudah. Lagipun, blog ni bukan tempat jual muka. Menipu dalam blog adalah satu trend sekarang ini.

Bacaan lain : Penyangak Siber

Sunday, October 24, 2010

Iklan banyak sangat kat TV

Latar tempat : Ruang luas di depan sebuah bangunan

Watak yang terlibat:
Promoter – Sedikit berusia, tinggi dan berpakaian seperti doktor
Orang biasa – Muda, berpakaian kasual dan membawa tas tangan

Suatu petang ketika orang berpusu - pusu balik dari kerja, tiba - tiba datang orang mencelah...


Promoter : Hai! Tahukah anda bahawa bakteria sedang membiak di dalam mulut anda sekarang?
Orang biasa : Betul ke ni?
Promoter : Saya akan buktikan melalui scanner ini.
*Promoter selesai scan dan tunjuk keputusan itu*
Promoter: Lihat! Bakteria bertambah.
Orang biasa: Tapi saya berus gigi pagi ini.
Promoter : Saya syorkan awak gunakan Colgate!
Orang biasa: Tapi saya berus gigi pagi ini dengan Colgate lah!
Promoter : Saya syorkan… erk iya ke?!
*Belakang kamera*
Pengarah : CUT!!! Pergi cari orang lain!

P/S: Minta maaf semua! Saya banyak main hari ini! Saya pengguna Colgate yang telah bertukar kepada pengguna Mukmin! Entri ini tiada maksud lain selain untuk menghiburkan.Cukuplah sampai disini, lain kali cerita lagi. Dah rasa macam nak kena boikot pun ada =)

Janganlah macam ni

Semalam pukul 2.50am macam tu, saya dapat mesej daripada Jah ni, dia kata bas budak – budak Kelantan, yang nak balik UIA terbalik. Diorang semua kat Gua Musang waktu tu. Jantung saya bagai nak luruh, saya banyak berkawan dengan budak Kelantan. Ya Allah, risau sangat. Alhamdulillah semua baik – baik saja, ada yang cedera, Insya Allah tak ada yang cedera parah. Jah dapat mesej daripada Mili, dialah yang beritahu Jah. Mili tu budak Kelantan yang naik bas tu lah. Ya Allah, tolong jauhi hamba – hambamu ini dari malapetaka, mereke semua pulang menyambung perjuangan Mu. Aminn.

Pemandu bas kalau boleh jangan lah eggresif sangat bawak bas tu. Tahulah pagi – pagi buta jalan kosong pun. Tak kesian ke kat mak bapak orang? Habis anak – anak orang cedera calar! Geram juga saya dengan segelintir pemandu bas ni. Pandulah dengan berhati – hati. Susah sangat ke nak ikut peraturan jalan raya? Teringat saya dengan 13 orang terkorban kes bas rempuh dan terbalik haritu. Kesian sangat. Habis anak – anak orang, menantu orang, suami orang, isteri orang. Bertimbang rasalah sikit.

Ramai orang suka naik bas, ingat tu. Bas ni mudah. Orang pandang bas ni sebagai penyelesai masalah. Bas ni memudahkan banyak perjalanan orang. Selain murah, bas ni cepat la sikit daripada keretapi untuk sampai ke destinasi. Tolong lah jangan hancurkan kepercayaan yang orang ramai bagi. Pegang elok – elok, pegang kejap – kejap dengan janji yang nak hantar penumpang semua ke destinasi yang dituju dan selamat berjumpa dengan keluarga masing - masing. Tolong pegang janji tu. Amanah!

Thursday, October 21, 2010

Penatlah fikir

Pagi ni saya bangun dan saya rasa sangat yang tekak ni dahaga dan kering! Saya memang tahu pun apa punca dia. Nak tahu? Asap rokok weh. Atirah cuti ni, jaga wan, jaga kucing, jaga rumah. Saya tidur kat rumah wan, siang datang balik rumah sendiri. Kiranya belah malam sajalah saya di rumah wan. Wan ni dia nak ada orang teman dia kat rumah. Dia sunyi dia kata. Lagipun wan bukan tahu dah buat kerja – kerja rumah ni selepas tok tak da. Air tumpah memang lah dia lap tapi bergetah. Dia lap sekali je, tak cuci. Biasalah. Baju dia pun, kita kena tolong basuh. Wan dah tak pandai guna mesin. Takpalah yang tu. Takda masalah sangat pun. Atirah bukan buat apa pun cuti ni. Boleh ja nak buat apa pun.

Wan ni kuat gila hisap rokok. Setiap masa rokok di jari! Berkotak – kotak sehari. Serius, banyak sangat. Wan perokok tegar. Rumah dia tak pernah tak ada bau asap rokok. Memang sangat sakit hidung bagi siapa yang tak biasa. Hari ni mungkin tahap yang sangat melampau bagi Atirah. Sakit tekak ni. Rumah penuh asap rokok. Dahla tingkap apa pun tak buka. Kadang – kadang tu nak marah pun ada. Tapi nak kata apa kan? Dah tak boleh berenti hisap rokok rasanya. Wan dah tua jadi rokok tu macam dah sebati dengan dia. Penat la fikir.

Tipu lah kalau saya cakap saya ok dengan keadaan tu. Tak pun! Saya sangat tak selesa. Tiap – tiap malam tak selesa. Tapi nak buat macam mana. Kalau saya tegur wan, dia mesti kecil hati. Dia memang macam tu, kalau nampak orang tutup hidung dengan baju ke dia dah kecil hati. Susah kan? Tu lah orang tua – tua ni. Kita kena jaga hati dia. Perangai diorang dah macam budak – budak balik. Manja, suka memerintah dan sensitif.

Asap rokok ni bahaya tu saja lah yang saya tahu. Orang kata orang yang hidu asap rokok tu lagi cepat mati dari orang yang hisap. Teruk kan? Saya ni macam mana. Saya muda lagi. Entahlah, penat fikir. Tak ada penyelesaian pun. Asap rokok tak hilang – hilang. Wan tidur pun tak betul. Dia bangun je, hisap rokok. Bangun je pegang rokok. Betul. Wan tak berapa tidur. Tapi dia mengantuk. Atirah tahu. Dia hisap rokok pun pejam mata. Kadang – kadang pegang ja rokok tu. Tak hisap. Habis abu rokok sana sini terbang. Esok pagi saya lah sakit mata.

Saya bukan nak mengeluh masalah wan kat sini. Cuma nak luah saja. Sebab, ada orang dia tak pernah alami benda ni. Pernah juga saya terfikir, patutlah ada orang tu dia hantar mak/bapak dia duduk rumah orang – orang tua. Kan? Mungkin diorang ada halangan tertentu. Kita tak tahu jadi kita takkan faham. Dulu, Atirah pun pernah kritik orang – orang yang hantar mak/bapak dia pergi situ. Hari ni dah tak buat macam tu. Dah tak boleh fikir dah. Rasanya, Atirah mula faham kenapa.